Iklan Pengambilan Personel Short-Term Employment Program (MySTEP) - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) | Tarikh Tutup: 15 November 2022
Permohonan Jawatan Kosong Personel MySTEP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
JAWATAN :
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41- Gaji : RM 2000.00
- Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan PERKESO
- Kekosongan : Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (SEKTOR TPC)
- Tempat : Aras 5, Blok E6, Cawangan Kesihatan Primer, Kementerian Kesihatan Malaysia, 62952 WP Putrajaya
SYARAT PERMOHONAN :
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan:
- Memiliki kelulusan minima ijazah sarjana muda dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang di iktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang dilktiraf setaraf dengannya;
- Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;
- Mempunya minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri dan;
- Bertanggungjawab dan memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin.
- Mesti mengemukakan sijil digital vaksinasi Covid-19 yang lengkap 2 dos
DESKRIPSI TUGAS :
- Melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem enterprise Teleprimary Care- Oral Health Clinic Information System (TPC-OHCIS) seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT;
- Membantu menganalisis maklumat isu, keperluan teknikal ICT dan langkah penyelesaian teknikal ICT dalam projek;
- Menjalankan kerja-kerja troubleshooting dan first-level support berhubung aduan kerosakan ICT di klinik.
- Membantu dalam penyedian user requirement specification untuk penambahbaikan sistem Teleprimary Care- Oral Health Clinic Information System (TPC-OHCIS) sedia ada
- Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan darl semasa ke semasa.
- Membantu menyediakan dokumen Pelan Pengurusan Projek
- Membantu melaksanakan aktiviti dalam dokumen Pelan Pengurusan Projek seperti perlaksanaan, pemantauan, pengawalan dan pelaporan projek.
- Membantu merekod semua keputusan berkaitan dengan projek dan menyalurkan keputusan tersebut kepada fasiliti yang berkenaan.
CARA MEMOHON :
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume beserta gambar berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan dan juga salinan ijazah sarjana muda setaraf ke emel : baydah@moh.gov.my / norhdayah@moh.gov.my sebelum atau pada 15 November 2022.BAHAGIAN PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA AKAN MENGHUBUNGI CALON YANG BERJAYA UNTUK SESI TEMUDUGA DALAM TEMPOH 3 HARI DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN