Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Majlis Perubatan Malaysia (MPM) | Tarikh Tutup: 30 November 2022

Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia (MPM).


Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan / sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan / Perkhidmatan Awam Negeri / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan di Majlis Perubatan Malaysia (MPM) secara TETAP seperti berikut:

JAWATAN :

PEGAWAI TADBIR GRED N41
  • Bil. Kekosongan: Satu (1)
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Jadual Gaji: RM2,317.00 – RM9,620.00

SYARAT KELAYAKAN :

1) Calon bagi lantikan jawatan di atas mestilah memiliki kelayakan berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
     (ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2) Syarat Peningkatan Secara Lantikan Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan
Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
     (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
  • i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON :

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web Majlis Perubatan Malaysia di Borang Permohonan.
 
2. Setiap borang permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran passport,salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
  • i) Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
  • ii) Ijazah beserta Transkrip Surat Akuan pengiktirafan Ijazah/Diploma/sijil daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau JPA;
  • iii) Surat berhenti sekolah; iv) Sijil-sijil seperti PMR, SPM, STPM; dan
  • v) Sijil-sijil lain yang berkaitan.
3. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perenggan 18.

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Perubatan Malaysia,
Blok B, Aras Bawah, Jalan Cenderasari,
50590 Kuala Lumpur.

5. Borang permohonan yang tidak lengkap / tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan

6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2022.