Iklan Kekosongan Jawatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) | Tarikh Ujian Terbuka: 23 November 2022
Permohonan Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:
JAWATAN :
PEMBANTU AWAM GRED H11 (KONTRAK / TETAP) (LELAKI / WANITA)- Kekosongan : 61
- Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap
- Gaji : RM1,218.00 – RM2,939.00
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-- a) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred E) dalam 4 subjek yang lain termasuk Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- b) Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred D) dalam 4 subjek yang lain termasuk Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- c) Memiliki lesen memandu kelas B2 / D. Lesen memandu / Lesen memandu tempoh Percubaan (P) yang masih sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta memiliki kenderaan sendiri.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.UMUR :
Calon-calon hendaklah berumur 18 hingga 25 tahun pada tahun 2022.SYARAT PELANTIKAN :
Calon-calon dikehendaki melayari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas.DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :
Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Ujian Lasak Terbuka:- i) KAD PENGENALAN;
- ii) SIJIL KELAHIRAN;
- iii) SIJIL PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) / PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR); *SLIP KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) / PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TIDAK DITERIMA;
- iv) SIJIL DIGITAL LENGKAP VAKSINASI COVID-19;
- v) LESEN MEMANDU KELAS B2 / D LESEN MEMANDU / LESEN MEMANDU TEMPOH PERCUBAAN (P) YANG MASIH SAH DAN DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ); (vi) SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT.
CATATAN :
- i) Semua dokumen salinan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM). Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan adalah tidak sah;
- ii) Calon dikehendaki berpakaian t-shirt warna putih, seluar panjang sukan (track bottom) berwarna hitam dan kasut sukan;
- iii) Kegagalan calon menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Ujian Lasak Terbuka ini; dan
- iv) Hanya calon-calon yang berjaya melepasi semua peringkat Ujian Lasak Terbuka sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
Klik Di Sini Untuk Melihat Iklan Penuh