Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA - Kementerian Kesihatan Malaysia | Tarikh Tutup: 14 November 2022

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA.


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia seperti berikut :-

JAWATAN :

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U41
  • Kekosongan : 20 | Simpanan : 20

SYARAT LANTIKAN :

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) memiliki ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KEPERLUAN BIDANG PENKHUSUSAN (DITETAPKAN OLEH KERAJAAN) :
  • a) Dietetik;
  • b) Sains Bioperubatan/ Biomedical Science;
  • c) Sains Forensik;
  • d) Sains Kejururawatan;
  • e) Sains Kesihatan (Penjagaan Pra Hospital/ Pre Hospital);
  • f) Sains Kesihatan/ Health Studies;
  • g) Sains Perubatan Kecemasan;
  • h) Sains Sosial (Psikologi); atau
  • i) Sains Sukan.

KEPERLUAN TAMBAHAN :

Hanya calon yang telah memperoleh ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

MAKLUMAT SYARAT LANTIKAN :

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
https://spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ijazah-sarjana-phd/penolong-pegawai-perubatan-u41

CARA MEMOHON :

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA9 di alamat : https://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 14 Oktober 2022 (Isnin) jam 11.59 malam.

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini