Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA - Jabatan Alam Sekitar | Tarikh Tutup: 15 November 2022

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA.


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Alam Sekitar seperti berikut :-

JAWATAN :

PENOLONG PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR GRED C29
  • Kekosongan : 2 | Simpanan : 10

SYARAT LANTIKAN :

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) memiliki diploma dalam bidang mikrobiologi, kimia industri, kejuruteraan awam, mekanikal, alam sekitar atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C29: RM1,858.12).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu Caton bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KEPERLUAN BIDANG PENGKHUSUSAN (DITETAPKAN OLEH JABATAN) :

  • a) Alam Sekitar Industri;
  • b) Kejuruteraan Alam Sekitar;
  • c) Kejuruteraan Awam;
  • d) Kejuruteraan Mekanikal;
  • e) Kimia Industri; atau
  • f) Mikrobiologi.

KEPERLUAN TAMBAHAN :

Hanya calon yang telah memperoleh diploma yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

MAKLUMAT SYARAT LANTIKAN :

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 15 November 2022 (Selasa) jam 11.59 malam.

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini