Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Yayasan Islam Kelantan | Tarikh Tutup: 01 November 2022

Permohonan Jawatan Kosong Yayasan Islam Kelantan.


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan diberi kepada Rakyat Kelantan.

JAWATAN :

1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Jadual Gaji: RM 1,218.00 (Minimum) - RM 2,939.00 (Maksimum)
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80.00

SYARAT LANTIKAN :

Pemohon hendaklah memiliki syarat kelayakan seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  4. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
  5. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu: Lesen D : RM1264.15 Lesen E/E1/E2 : RM1310.30
  6. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3}/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON :

  1. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan YIK yang boleh dimuat turun di portal Yayasan Islam Kelantan (yik.edu.my).
  2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, resume,salinan sijil-sijil akademik, surat beranak dan kad pengenalan yang disahkan.
  3. Borang permohonan hendaklah dihantar bersama-sama bukti pembayaran wang proses sebanyak RM5.00 menggunakan wang pos atas nama Pengarah Yayasan Islam Kelantan atau resit pemindahan wang atas talian (online transfer) ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad Yayasan Islam Kelantan dan nombor akaun ialah 03018010 002220.
  4. Permohonan hendaklah dihantar kepada:-
YM Pengarah
Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan
Peti Surat 248
PT 1491/A Lebuh Raya Tunjung - Pasir Mas
16010 Kota Bharu, Kelantan


Tarikh tutup permohonan: 01 November 2022 (Selasa)

Permohonan yang lewat atau tidak menurut peraturan di atas tidak akan dilayan. Hanya calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil temuduga.