Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) | Tarikh Tutup: 16 Oktober 2022

Permohonan Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti berikut:-

JAWATAN :

1. PENOLONG JURUTEKNIK TINGKATAN BIASA (AV TECHNICIAN)
  • Gaji Pokok : RM1,600.00 sebulan
  • Elaun Elektrik : RM85 sebulan
  • Elaun Dobi : RM60 sebulan
  • Taraf Jawatan : Kontrak

SYARAT KELAYAKAN :

  • Warganegara Malaysia. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)
  • Mempunyai Sijil Kemahiran dalam bidang fotografi dan berkaitan.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPMV) dengan lulus enam (6) matapelajaran termasuk Bahasa Malaysia & Matematik atau Sains
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
  • Tidak rabun warna
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Tidak merokok / sebarang bentuk rokok elektronik
  • Calon yang mempunyai kemahiran dalam penyuntingan video, fotografi, dan lebih baik sekiranya berpengalaman dalam industri berkaitan.
  • Calon juga hendaklah mempunyai kemahiran (sekurang-kurangnya intermediate) dalam penggunaan aplikasi seperti Photoshop, InDesign, LightRoom, PicsArt dan berkaitan.
  • Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

CARA MEMOHON :

Untuk memohon, sila klik pautan "iklan jawatan" di bawah dan rujuk maklumat terperinci permohonan, syarat-syarat lantikan, gaji, tugas-tugas jawatan dan cara untuk memohon jawatan.