Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) | Tarikh Tutup: 20 Oktober 2022

Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).


Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2008, mempelawa semua warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya seperti berikut:

JAWATAN :

PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Professional
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Ekonomi
  • Jadual Gaji : RM2,083.00 – RM9,549.00
  • Taraf Jawatan: Kontrak

SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
  • i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • v) Ahli Penuh Badan-Badan Ikthisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
  • vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
  • vii) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. Suruhanjaya berhak menentukan terma dan syarat-syarat perkhidmatan lain.

FUNGSI BIDANG TUGAS :

Bertanggung jawab melaksanakan penguatkuasaan Undang-Undang Koperasi, menggalakkan penubuhan koperasi, menguruskan perihal pendaftaran koperasi dan pindaan Undang-Undang Kecil, menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Tahunan Koperasi, melaksanakan program-program pengembangan dan menggalakkan dan membantu pegawai mengawas pelaksanaan kuasa Suruhanjaya. Memberi khidmat bimbingan kepada koperasi dalam perkara-perkara pengurusan dan projek perniagaannya.

CARA MEMOHON :

Untuk memohon, sila klik pautan "iklan jawatan" di bawah dan rujuk maklumat terperinci permohonan, syarat-syarat lantikan, gaji, tugas-tugas jawatan dan cara untuk memohon jawatan.