Iklan Kekosongan Jawatan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) | Tarikh Tutup: 21 Oktober 2022
Permohonan Jawatan Kosong Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seperti berikut:-
JAWATAN :
GURU BAHASA INGGERIS GRED DG41- Bil. Kekosongan: Satu (1)
- Taraf Jawatan: Sambilan
- Jabatan: Maktab Rendah Sains Mara, Gerik, Perak
- Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan
- Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Dan Profesional
- Jadual Gaji: RM100.00 sehari
SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
(iii) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian isan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON :
Mengemukakan surat permohonan secara rasmi beserta resume dan Salinan sijil-sijl yang disahkan, surat beranak, kad pengenalan, sijil SPM, ljazah dan lain-lain dokumen berkaitan serta 2 keping gambar berukuran passport dihantar kepada:Pengetua Maktab Rendah Sains MARA Gerik
Bukit Nasah, Kenayat
33300 Gerik, Perak
Tel : 05-7910272 / 05-7910273
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 Oktober 2022
CARA PERLAKSANAAN :
a) Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan.b) Adalah ditegaskan pemohon-pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan cipanggil untuk temuduga.
c) Pemohon-pemohon yang berjaya dalam temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa 6 bulan dari tarikh temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
IKLAN JAWATAN KOSONG
