Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA - Jabatan Penjara Malaysia | Tarikh Tutup: 20 September 2022

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA.


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Penjara Malaysia seperti berikut:-

JAWATAN :

PENOLONG PENGUASA PENJARA GRED KA29
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Penjara
  • Kekosongan: 76 | Simpanan: 150
  • Jadual Gaji: RM1,505.00 - RM5,696.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.    i.  Sijil Tinggi Persekolahan Malayisa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA29:RM1,505.00);atau
      ii.  Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA29:RM 1,505.00;atau
     iii.  Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA29:RM1,782.91).dan
d. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

SYARAT BAHASA MELAYU :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Penjara adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Penjara Gred KA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a.    i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) atau 1(d) ; dan
      ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
b.    i. had umur pelantikan:berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab sebagai Ketua Unit, menyelaras pengurusan keselamatan sesebuah institusi, menyelaras prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman, menyelaras program-program pemulihan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak pengurusan tertinggi institusi dan memastikan penghuni-penghuni diberi layanan yang adil selaras dengan undang-undang dan peraturan yang diperuntukkan.

CARA MEMOHON :

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 20 September 2022 (Selasa) jam 11.59 malam.

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini