Iklan Kekosongan Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA9 - Jabatan Meteorologi Malaysia | Tarikh Tutup: 09 September 2022
Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA9.
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Meteorologi Malaysia seperti berikut:-
JAWATAN :
PEGAWAI METEOROLOGI GRED C41- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Kem/Jab: Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
- Kekosongan: 4 | Simpanan: 20
- Jadual Gaji: RM2,317.00 - RM9,620.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
- (i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains atmosfera atau oseanografi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00); atau
- (ii) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang matematik, fizik atau geofizik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00); atau
- (iii) ijazah sarjana dalam bidang meteorologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,835.35); atau
- (iv) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang meteorologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM3,146.69).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh KerajaanSYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Meteorologi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Meteorologi Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(b) had umur pelantikan:
- i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab mengeluarkan ramalan cuaca, mengeluarkan amaran cuaca, memantau dan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan tsunami agar kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa dapat dikurangkan, menganalisis perubahan keadaan cuaca secara profesional dan mengenal pasti impak serta langkah-langkah mengurangkan impak, menganalisis carta-carta kaji cuaca dan menjalankan penyelidikan ke atas fenomena cuaca untuk mengurangkan impak cuaca buruk. Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat yang berkualiti dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan harapan stakeholders untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi rakyat dan negara.CARA MEMOHON :
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA9 di alamat : https://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.
Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 09 September 2022 (Khamis) jam 11.59 malam.
Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini
Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini