Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Pusat Perhubungan Alumni UKM | Tarikh Tutup: 30 September 2022

Permohonan Jawatan Kosong Pusat Perhubungan Alumni UKM.


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Pusat Perhubungan Alumni UKM seperti berikut:-

JAWATAN :

1. PEMBANTU TADBIR PENGURUSAN DATA - PSH

SYARAT & KELAYAKAN :
  • Warganegara Malaysia. Sekurang-kurangnya memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia
  • Mempunyai pengalaman dalam penggunaan Microsoft Excel dan Word.
  • Berpengalaman dalam pengurusan data.
  • Mempunyai kemahiran menguruskan sosial media.
  • Berdisiplin dan menepati masa.
  • Cekap, rajin dan berkeyakinan.
  • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.
TANGGUNGJAWAB :
  1. Bertanggungjawab sebagai Pembantu Tadbir Pengurusan Data.
  2. Membantu mengemaskini data Alumni UKM.
  3. Menguruskan data terkini Alumni UKM.
  4. Membantu dalam penganjuran program Pusat Perhubungan Alumni UKM.
  5. Terlibat sebagai urus setia program yang dijalankan.
  6. Lain-lain tugas rasmi yang diarahkan oleh Pengarah.

2. PENOLONG PEGAWAI PEMASARAN DAN PENJANAAN - PSH

SYARAT & KELAYAKAN :
  • Warganegara Malaysia.
  • Sekurang-kurangnya memiliki kelulusan Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang Pemasaran.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi persuasif.
  • Mempunyai kemahiran menguruskan sosial media.
  • Cekap, rajin dan berkeyakinan.
  • Berdisiplin dan menepati masa.
  • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.
  • Berpengalaman dalam pengumpulan dana akan diberikan keutamaan.
TANGGUNGJAWAB :
  1. Bertanggungjawab sebagai Penolong Pegawai Pemasaran dan Penjanaan.
  2. Membantu merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang kreatif dan efektif.
  3. Menguruskan koperasi alumni.
  4. Menguruskan kempen pemasaran dan penjanaan.
  5. Membina jaringan dan menghubungi pelanggan mengikut sasaran yang telah ditetapkan.
  6. Menyediakan laporan pencapaian bulanan penjanaan.
  7. Terlibat sebagai urus setia program yang dijalankan.
  8. Lain-lain tugas rasmi yang diarahkan oleh Pengarah.

CARA MEMOHON :

Calon yang berminat adalah dijemput untuk menghantar resume lengkap ke:

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 7, Bangunan Pusanika
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan


Atau emel kepada: alumni@ukm.edu.my

IKLAN JAWATAN