Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) | Tarikh Tutup: 23 September 2022

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA.


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia seperti berikut:-

JAWATAN :

PEGAWAI PENERANGAN GRED S41 (PENDIDIKAN KESIHATAN)
  • Kekosongan: 3 | Simpanan: 20

SYARAT LANTIKAN :

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) memiliki:
  • (i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,078.00); atau
  • (ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,281.86); atau
  • (iii) Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,281.86); atau
  • (iv) Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2, 281.86).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya ini untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
(b) lulus Peperiksaan Khas; dan
(c) had umur pelantikan:
  • (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KERAJAAN) :

(a) Pendidikan Kesihatan;
(b) Kesihatan Awam/ Public Health; atau
(c) Sains Kesihatan/ Health Science.

KEPERLUAN TAMBAHAN :

Hanya calon yang telah memperoleh ijazah sarjana muda / ijazah sarjana muda kepujian / Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massal / Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

MAKLUMAT SYARAT LANTIKAN :

Maklumat syarat lantikan/ gaji / tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
https://spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ijazah-sarjana-phd/pegawai-penerangan-gred-s41

CARA MEMOHON :

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 23 September 2022 (Jumaat) jam 11.59 malam.

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini