Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional | Tarikh Tutup: 06 Oktober 2022

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional seperti berikut:-

JAWATAN :

PENOLONG GURU TABIKA GRED N11
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Agensi: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor
  • Bilangan Kekosongan: Enam belas (16)
  • Tempat Kekosongan: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor
JADUAL GRED GAJI : RM1,216.00 – RM2,983.00

ELAUN :
  • Imbuhan Tetap Perumahan RM300.00
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM95.00
  • Bantuan Imbuhan Sara Hidup (BISH) RM200-RM350 (mengikut kawasan)

SYARAT LANTIKAN :

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00) atau
  • PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,262.15)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Gred D bagi 4 mata pelajaran lain termasuk Matematik pada peringkat PMR; atau
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Gred E bagi 4 mata pelajaran lain termasuk Matematik bagi peringkat PT3.
  • Keutamaan permohonan adalah bagi yang menetap di Negeri Selangor sahaja.

DESKRIPSI TUGAS :

  • Bertanggungjawab menguruskan kebersihan dan keselesaan kelas.
  • Menguruskan akaun kelas, membantu tugas-tugas guru.
  • Mengurus makan/minum kanak-kanak tabika.
  • Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa termasuk dalam urusan pelaksanaan aktiviti.

CARA MEMOHON :

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor atau layari laman sesawang https://www.jpnin.gov.my
  • Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
  • Borang Permohonan lengkap hendaklah disertakan gambar terkini (berukuran passport), salinan Mykad, salinan Sijil Kelahiran, salinan Sijil Berhenti Sekolah, salinan Sijil PMR/PT3, Sijil Digital Vaksin Covid-19 serta dokumen-dokumen sokongan yang mana berkaitan.
Borang permohonan perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
NEGERI SELANGOR
TINGKAT 9, WISMA PKPS
PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14
40517 SHAH ALAM

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 6 OKTOBER 2022

PANGGILAN TEMUDUGA :

Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
  • TIDAK lengkap / TIDAK jelas;
  • TIDAK memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
  • TIDAK disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;
  • TIDAK menandatangani borang permohonan;
  • TIDAK mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 bagi calon yang sedang berkhidmat.
Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.

Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri dan jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan. Tarikh : 5 September 2022

Iklan Jawatan Penolong Guru Tabika Gred N11

Borang Permohonan Jawatan JPNIN