Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA - Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta | Tarikh Tutup: 06 Oktober 2022

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA.


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta seperti berikut :-

JAWATAN :

PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29
  • Kekosongan : 15 | Simpanan : 65

SYARAT LANTIKAN :

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) memiliki:
  • (i) Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau
  • (ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau
  • (iii) diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,851.28).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysial Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penilaian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)
  • (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
  • (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
  • (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

KEPERLUAN BIDANG PENGKHUSUSAN (DITETAPKAN OLEH JABATAN) :

(a) Pengurusan Harta Benda (Property Management);
(b) Pengurusan Harta Tanah/Hartanah;
(c) Penilaian dan Pengurusan Hartanah;
(d) Penilaian Harta Tanah; atau (e) Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.

KEPERLUAN TAMBAHAN :

Hanya calon yang telah memperoleh sijil atau diploma yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

MAKLUMAT SYARAT LANTIKAN :

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
https://spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/penolong-pegawai-penilaian-gred-w29

CARA MEMOHON :

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 06 Oktober 2022 (Khamis) jam 11.59 malam.

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini