Iklan Kekosongan Jawatan di SPA 9 / Jabatan Peguam Negara | Tarikh Tutup: 29 September 2022
Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA 9.
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Peguam Negara seperti berikut :-
JAWATAN :
PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29- Kekosongan: 24 | Simpanan: 76
SYARAT LANTIKAN :
(a) warganegara Malaysia;(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan: dan
(c) memiliki:
- (i) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L29: RM1,773.00); atau
- (ii) diploma undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L29: RM1,847.86).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysial Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) dan Jurubahasa Gred LA19, LA22, LA26 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Undang-undang Gred L29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:(a)
- (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
- (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
- (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
KEPERLUAN BIDANG PENGKHUSUSAN (Ditetapkan oleh Jabatan) :
(a) Pentadbiran Awam; atau(b) Undang-Undang.
KEPERLUAN TAMBAHAN :
Hanya calon yang telah memperoleh diploma yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.MAKLUMAT SYARAT LANTIKAN :
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/penolong-pegawai-undang-undang-gred-l29
CARA MEMOHON :
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA 9 di alamat : https://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.
Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 29 September 2022 (Khamis) jam 11.59 malam.
Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini
Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.
Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 29 September 2022 (Khamis) jam 11.59 malam.
Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini
Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini