Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Pengambilan Jawatan Perajurit Muda (PtM) TLDM Siri 225/23 (Lelaki & Wanita) | Tarikh Tutup: 26 September 2022

Permohonan Jawatan Kosong Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di TLDM seperti berikut:-

JAWATAN :

  1. PERAJURIT MUDA - LELAKI & WANITA

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :

  1. Lelaki dan wanita warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 9 Jun 2023.
  3. Lepasan SPM dan SVM – Lelaki dan Wanita.
  4. Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/Universiti Awam/Swasta - Lelaki saja.
  5. Taraf perkahwinan - Bujang (tidak pernah berkahwin).
  6. Pemohon mensti bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.

KELAYAKAN AKADEMIK BAGI LEPASAN SPM/SVM :

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam Bahasa Inggeris, Matematik, Sains.
  2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) - Kepujian dalam Bahasa Melayu.

KELAYAKAN AKADEMIK BAGI LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN :

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah.
  2. Pemohon perlu mengemukakan sijil diploma, transkrip, dan sijill perakuan akreditasi (pengiktirafan rasmi).
  3. Mempunyai diploma yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) seperti berikut:
  • Diploma in Engineering
  • Diploma in Electrical Engineering
  • Diploma in Electronic Engineering
  • Diploma in Electrical and Electronic
  • Diploma in Marine Engineering
  • Diploma in Software Engineering
  • Diploma in Microelectronic Engineering Maintenance
  • Diploma in Information Engineering
  • Diploma in Telecommunication Engineering
  • Diploma in Mechatronic Engineering
  • Diploma in Manufacturing Engineering Engineering
  • Diploma in Engineering in Aircraft Maintenance
  • Diploma Engineering in Aircraft
  • Advance Diploma in Engineering

CARA MEMOHON:

Untuk memohon, sila klik pautan "iklan penuh jawatan" di bawah dan rujuk maklumat terperinci permohonan, syarat-syarat lantikan, gaji, tugas-tugas jawatan dan cara untuk memohon jawatan.