Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Pengambilan Jawatan Perajurit Muda (PJM) Udara Siri 66/23 (Lelaki) | Tarikh Tutup: 23 September 2022

Permohonan Jawatan Kosong Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di TUDM seperti berikut:-

JAWATAN :

  1. PERAJURIT MUDA (PJM) UDARA SIRI 66/23 (LELAKI)

SYARAT ASAS PERMOHONAN :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Mac 2023.
  3. TIDAK BERKAHWIN bagi calon wanita.
  4. Penglihatan -Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  5. Tidak rabun warna.
  6. Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
  7. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  8. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

SYARAT FIZIKAL :

  1. Tinggi:Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.65 m
  2. Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  3. Berat:Berat Badan Minima Lelaki 49 kg
  4. Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
  5. Indeks Jisim Badan (BMI) :Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

KELAYAKAN AKADEMIK :

  1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  2. SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

CARA MEMOHON :

  1. Sila layari laman sesawang http://kerjayadanpengambilantudm.mil.my untuk mendaftar Akaun Pemohon bagi mengisi borang permohonan.
  2. Permohonan secara Walk-in ke Pusat Pemilihan adalah TIDAK diterima

IKLAN JAWATAN