Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi | Tarikh Tutup: 16 Ogos 2022

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA.

SPA9i
SPA9i

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi seperti berikut:-

JAWATAN: PEGAWAI SAINS GRED C41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Kekosongan: 3 | Simpanan: 12

Jadual Gaji: RM2,317.00 - RM9,620.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(b) had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

PECAHAN BIDANG :
Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Mikrobiologi - bidang Mikrobiologi
  • Kimia Hayat - bidang Biokimia
  • Genetik - Genetik dan Biologi Molekul, Biologi Sel
  • Embriologi - Biologi, Genetik
  • Forensik - Sains Forensik
  • Fizik - Fizik Perubatan, Fizik Kesihatan, Sinaran Perubatan
  • Biomedikal - Bioperubatan, Teknologi Makmal Perubatan
  • Kaji Serangga - Pengurusan Vektor dan Parasit, Entomologi, Entomologi Gunaan
  • Pemakanan - Sains Pemakanan/Nutrition, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Sains Makanan dan Pemakanan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Biologi/Kaji Hayat, Bioteknologi, Kimia, Sains pertanian, Perikanan, Mikrobiologi, Oseanografi, Sains Marin

CARA MEMOHON:
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 16 Ogos 2022 (Selasa) jam 11.59 malam.

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini