Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Pengambilan Personel Short-Term Employment Program (MySTEP) - Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) | Tarikh Tutup: 11 Ogos 2022

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).


Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Personel Short-Term Employment Program (MySTEP) di Unit Perolehan, Seksyen Pengurusan Kewangan dan Perolehan, BPPP seperti berikut.

JAWATAN : PENOLONG EKSEKUTIF PERKHIDMATAN (SYSTEM DEVELOPMENT)
  • Kelayakan: Diploma Sains Komputer / Sistem Maklumat atau setaraf
  • Kadar Upah: RM1,800.00/Bulan (Termasuk KWSP & Perkeso)
  • Lokasi Pejabat: Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya
  • Bil. Kekosongan: Satu (1)
  • Tempoh Lantikan: 15/08/2022 - 31/12/2022

SYARAT KELAYAKAN:
  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Mempunyai kelayakan akademik seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas;
  • Berpengalaman atau mempunyai kemahiran dalam pembangunan sistem bagi membantu menganalisa keperluan program, mereka bentuk, mengaturcara (coding) dan menyelenggara sistem serta berkeupayaan menyelesaikan masalah (troubleshooting dan problem solving) yang berkaitan dengan program dan aplikasi sistem;
  • Berkemahiran menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP Hypertext PreProcessor (PHP) dan database MySQL atau kemahiran bahasa pengaturcaraan lain seperti Java, JavaScript, CSS adalah dialu-alukan;
  • Mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas dalam penggunaan MS Office dan aspek teknikal seperti pengendalian server, rangkaian dan keselamatan ICT;
  • Bersedia memberikan khidmat sokongan ICT seperti latihan kepenggunaan, dokumentasi dan meja bantuan bagi memastikan kelancaran sistem; dan
  • Boleh bekerja di bawah penyeliaan yang minimum dan menguruskan tugasan mengikut keutamaan.

CARA MEMOHON: 
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan melalui e-mel kepada perolehan@anm.gov.my dengan tajuk emel PERMOHONAN MySTEP JANM beserta dokumen berikut:-
  • Resume terkini (dilengkapi dengan gambar pemohon)
  • Portfolio atau hasil kerja/projek dalam bidang berkaitan (jika ada)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 11 OGOS 2022(KHAMIS) SEBELUM JAM 12.00 TENGAH HARI

HANYA CALON YANG DISENARAI PENDEK AKAN DIJEMPUT HADIR KE SESI TEMUDUGA.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/panggilan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Sebarang persoalan boleh hubungi: 03-88821075 (Nur Farhana binti Ismail), 03-88821065 (Tuan Khairul Afifi bin Tuan Zin)

IKLAN PENUH JAWATAN