Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA9 - Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) | Tarikh Tutup: 11 Ogos 2022

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA9.


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) seperti berikut:-

JAWATAN: PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q29

Kekosongan: 1 | Simpanan: 2
 
Klasifikasi: Perkhidmatan Sains

Jadual Gaji: RM1,496.00 - RM5,676.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c)   i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau
     ii. Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau
     iii. Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00);atau
     iv. Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,774.37); atau
      v. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,849.57); atau
     vi. Diploma Sains Veterinar/ Haiwan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,924.77).

SYARAT BAHASA MELAYU:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penyelidik adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a)   i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
      ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
b) had umur pelantikan:
      i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
     ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
     iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS :
Membantu Pegawai Penyelidik Gred Q3 dalam perancangan projek penyelidikan, pengendalian projek penyelidikan, mengumpul, merekod maklumat dan menganalisis data-data projek serta penyediaan peralatan projek penyelidikan.

CARA MEMOHON:
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA9 di alamat : https://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 11 Ogos 2022 (Khamis) jam 11.59 malam.

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini