Iklan Kekosongan Jawatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) | Tarikh Temuduga: 07 September 2022
Permohonan Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:
Iklan kekosongan jawatan ini juga dipaparkan di portal rasmi Internet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Sila layari laman web rasmi DBKL untuk menyemak IKLAN PENUH & SYARAT LANTIKAN sebelum hadir (walk-in) pada hari & masa yang ditetapkan.
JAWATAN :
PEMBANTU AWAM GRED H11 (LELAKI/WANITA)- Kekosongan: 144
- Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Taraf Jawatan: Kontrak/Tetap
- Gaji: RM1,218.00 - RM2.939.00
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred E) dalam 4 subjek yang lain termasuk Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred D) dalam 4 subjek yang lain termasuk Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Memiliki lesen memandu kelas B2/D. Lesen memandu / Lesen memandu tempoh Percubaan (P) yang masih sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta memiliki kenderaan sendiri.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.UMUR :
Calon-calon hendaklah berumur 18 hingga 25 tahun pada tarikh Ujian Lasak Terbuka.SYARAT PELANTIKAN :
Calon-calon dikehendaki melayari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas.DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :
Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Ujian Lasak Terbuka:- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR). *Slip Keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tidak Diterima
- Sijil Digital Lengkap Vaksinasi Covid-19
- Lesen Memandu Kelas B2/D. Lesen Memandu Tempoh Percubaan (P) Yang Masih Sah dan Dikeluarkan Oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Sekeping gambar terbaru berukuran passport
CATATAN :
- Semua dokumen salinan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawas / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM). Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan adalah tidak sah;
- Calon dikehendaki berpakaian t-shirt warna putih, seluar panjang sukan (track bottom) berwarna hitam dan kasut sukan;
- Kegagalan calon menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Ujian Lasak Terbuka ini; dan
- Hanya calon-calon yang berjaya melepasi semua peringkat Ujian Lasak Terbuka sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
TARIKH BUKA IKLAN : 30 OGOS 2022 (RABU)
Sila layari laman web rasmi DBKL untuk menyemak IKLAN PENUH & SYARAT LANTIKAN sebelum hadir (walk-in) pada hari & masa yang ditetapkan.