Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA9 - Jabatan Penjara Malaysia | Tarikh Tutup: 11 September 2022

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA9.


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Penjara Malaysia seperti berikut:-

JAWATAN:

PEGAWAI PENJARA GRED KA19
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Penjara Malaysia
  • Kekosongan: 311 | Simpanan: 500
  • Jadual Gaji: RM1,360.00 - RM4,052.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,360.00); atau
   ii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,418.12);
atau
  iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,476.24)
d. dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab mengawal banduan (orang tahanan/juvana) melibatkan keselamatan fizikal dan pengurusan termasuk tugas-tugas pemulihan dan kawalan semasa banduan menjalani rawatan di hospital atau menghadiri perbicaraan di mahkamah.

CARA MEMOHON :

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA9 di alamat : https://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 11 September 2022 (Ahad) jam 11.59 malam.

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini