Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA - Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Tarikh Tutup: 07 Ogos 2022

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA.


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti berikut :-

JAWATAN: PENOLONG PEGAWAI SYARIAH GRED LS29

Kumpulan: Pelaksana

Kem/Jab: Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara

Kekosongan: 1 | Simpanan: 3

Jadual Gaji: RM1,494.00 - RM5,674.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) i. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji Permulaan pada Gred LS29 : RM1,494.00); atau
    ii. Diploma dalam bidang pengajian islam (syariah) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred LS29 : RM1,772.65).

SYARAT BAHASA MELAYU:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Syariah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Syariah Gred LS29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
a) i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
    ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
b) i. had umur pelantikan:berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS:
Mengendalikan hal ehwal pentadbiran, penyewaan, akaun, akaun simpanan, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan yang sedang di bawah jagaan jabatan sebelum penyelesaian kes-kes yang berkaitan dan lain-lain.

CARA MEMOHON:
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 07 Ogos 2022 (Ahad) jam 11.59 malam.

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohanan jawatan secara online disini