Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) | Tarikh Tutup: 11 Julai 2022

Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap/Kontrak di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) seperti berikut :-

1. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMO GRED E29
  • Taraf jawatan : Tetap
  • Kelayakan : Diploma
  • Jadual Gaji : RM1,493.00 - RM5,672.00

2. PEMBANTU EHWAL EKONOMI GRED E19
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Kelayakan : SPM/SKM
  • Jadual Gaji : RM1,353.00 – RM4,005.00

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Kelayakan : SPM/SKM
  • Jadual Gaji : RM1,352.00 – RM4,003.00


SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut:-
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Mempunyai kelulusan atau kelayakan akademik yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan. Cth: (PMR/PT3/SPM/SPMV/STPM/SKM/Diploma/Ijazah)
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan.
  • Sila rujuk syarat-syarat penuh lantikan bagi setiap jawatan di atas melalui pautan link yang disediakan di bawah

Selain itu, calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:-
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai rekod jenayah
  • Memiliki itegriti yang tinggi, keperibadian yang dinamik, kemahiran analitikal, efisien, proaktif, berfikiran positif, jujur dan amanah, sanggup menerima cabaran dan mampu bekerja secara berdikari dan dalam kumpulan
  • Berdaya saing, bermatlamat, berdisiplin dan berakhlak tinggi diutamakan

CARA MEMOHON:
  1. Bagi pemohon yang berkelayakan, komited dan berdedikasi dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan kosong tersebut. Borang permohonan dan syarat-syarat lantikan hendaklah dimuat turun melalui laman web LPNM http://www.mpib.gov.my
  2. Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.
  3. 1 borang hanya untuk 1 jawatan sahaja. Sila gunakan borang berasingan sekiranya memohon lebih dari 1 jawatan.
  4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi terkini tiga tahun berturut-turut, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.
  5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
  6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap TIDAK BERJAYA. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh LPNM berkaitan perkara ini.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 11 JULAI 2022

Muat turun iklan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini