Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) | Tarikh Tutup: 21 Julai 2022

Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan kontrak di bawah Personel Short Term Employment Program (MySTEP) bagi tahun 2022/2023 seperti berikut:-

Jawatan : Operator Pemprosesan Fiber
Gaji : RM1,600.00/bulan
Kelayakan Minimum : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Tempoh Lantikan : Bermula 1 September 2022 Sehingga 30 Jun 2023
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, KWSP dan PERKESO
Penempatan : Seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia

SYARAT KELAYAKAN
  1. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  3. Boleh bertutur, menulis dan berkomunikasi dengan baik, sihat tubuh badan dan mempunyai penglihatan yang baik, boleh bekerja dalam kumpulan dan sedia menerima arahan.

CARA MEMOHON
1. Calon berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut (tidak akan dikembalikan) selewat-lewatnya pada 21 Julai 2022 (Khamis):
    a) Resume terkini beserta gambar terkini berwarna bersaiz pasport
    b) Salinan Sijil SPM atau kelayakan setaraf dengannya.
    e) Salinan kad pengenalan
    d) Salinan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19

2. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Pejabat LKTN Kawasan masing- masing dengan catatan Permohonan Personel MySTEP (Operator Pemprosesan Fiber)

Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temu duga

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 JULAI 2022

IKLAN PENUH JAWATAN