Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Pengambilan Personel MySTEP Penolong Pegawai Teknologi Maklumat - KPN | Tarikh Tutup: 29 Julai 2022

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan Personel MySTEP di KPN bagi jawatan seperti berikut:

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT 
GAJI DITAWARKAN : RM1.800.00/SEBULAN 
TEMPOH : OGOS 2022 - DISEMBER 2022 (PENYAMBUNGAN KONTRAK AKAN DIPERTIMBANGKAN BERDASARKAN KEPADA PEKELILING YANG BERKUAT KUASA)
KEKOSONGAN : 1 CALON - PEMBANGUNAN SISTEM - PPTM (FA29)
KEMUDAHAN : CUTI REHAT, CUTI SAKIT, CARUMAN KWSP DAN CARUMAN PERKESO


SYARAT KELAYAKAN:
  1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  2. Memiliki kelulusan minima diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  3. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;
  4. Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum;
  5. Mempunyai minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri, dan
  6. Bertanggungjawab dan memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin.

DESKRIPSI TUGAS:
  1. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, Java atau lain-lain yang berkaitan. Pegawai juga mestilah mempunyai pengetahuan dalam menggunakan Framework Laravel;
  2. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mengendalikan pangkalan data;
  3. Mengumpul maklumat keperluan pembangunan aplikasi mengikut keperluan sistem;dan
  4. Validasi test script bagi User Acceptance Test (UAT) dan Final Acceptance Test (FAT) bagi memastikan ia memenuhi objektif dan keperluan System Requirement Study (SRS).

CARA MEMOHON:
Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan dengan mengemukakan dokumen berikut sebelum 29 Julai 2022 (Jumaat):
  1. Resume beserta gambar berwarna (sila nyatakan jawatan yang dimohon); dan
  2. Salinan sijil SPM dan diploma/ljazah/setaraf.
Ke alamat seperti di bawah:

KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA 
Bahagian Pengurusan Maklumat
Aras 7, Blok F9, Kompleks F
Presint 1, Lebuh Perdana Timur
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 W.P. PUTRAJAYA
(u.p.: Bahagian Pengurusan Maklumat)
 Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda *Personel MySTEP - PPTM (FA29) * di sebelah kiri atas sampul.

ATAU

E-mel kan permohonan anda ke adminbpm@perpaduan.gov.my

Hanya calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ke sesi temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.