Iklan Kekosongan Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA9 - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia | Tarikh Tutup: 31 Julai 2022
Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA9.
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan SPA9 di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia seperti berikut :-
JAWATAN: PENGAWAS HUTAN GRED G19
Klasifikasi Perkhidmatan: Pertanian
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Kekosongan: 7 | Simpanan: 20
Jadual Gaji: RM1,357.00 - RM4,008.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a.Warganegara Malaysia; dan
b.Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred G19: RM1,413.40) atau
(ii) SPM dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred G19: RM1,469.80)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Awam dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pengawas Hutan Gred G19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:
a. telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
b. mempunyai kelayakan di perkara 2(c) di atas atau lulus Peperiksaan Khas; dan
c. had umur pelantikan:
(i) berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
DESKRIPSI KERJA:
Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Pemohon hendaklah mendaftarkan kelayakan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Pengajian Tinggi”.
CARA MEMOHON:
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA9 di alamat : https://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.
Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 31 Julai 2022 (Ahad) jam 11.59 malam
Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini
Permohanan jawatan secara online disini