Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Pengambilan Jawatan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 196/2022

Permohonan Jawatan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 196/2022.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap/Kontrak di Tentera Darat Malaysia (TDM) seperti berikut :-

1. PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT LELAKI


SYARAT ASAS PERMOHONAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Julai 2022 (Pengambilan Siri 196 2022).
  3. Penglihatan -Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  4. Tidak rabun warna.
  5. Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  6. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  7. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

SYARAT FIZIKAL
  1. Tinggi: Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m - Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  2. Berat: Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg - Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
  3. Indeks Jisim Badan (BMI) :Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0

SYARAT AKADEMIK
  1. Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
  2. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah

KELAYAKAN TAMBAHAN
  1. Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
  2. Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
  3. Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.

SKIM GAJI KEMASUKAN KELAYAKAN AKADEMIK
  1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]
  2. SPVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. DIPLOMA PERUBATAN - Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
  6. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

ELAUN
  1. Elaun Sara Hidup
  2. Elaun Khidmat
  3. Bayaran Insentif Khas
  4. Elaun Kepakaran
  5. Elauan Imbuhan Perumahan
  6. Elaun Perjalanan

KEMUDAHAN
  1. Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  2. Rawatan Perubatan
  3. Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  4. Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  5. Peluang melanjutkan pelajaran
  6. Kemudahan Kediaman

CARA MEMOHON:
Permohonan jawatan kosong di atas hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses melalui pautan link yang disediakan di bawah. Hanya permohonan yang dibuat melalui sistem permohonan dalam talian sahaja yang diproses. Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport, serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 JULAI 2022

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini

CATATAN AM:
Hanya calon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.