Iklan Kekosongan Jawatan di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) | Tarikh Tutup: 03 Oktober 2022
Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).
PKNNS merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri bertanggungjawab sebagai Agensi Amanah yang progresif, inovatif dan kompetitif dalam melaksanakan polisipolisi pembangunan Kerajaan dan sebagai jentera penggerak pertumbuhan pembangunan ekonomi dan sosial Negeri Sembilan.
PKNNS dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat, mempunyai dinamik serta kreatif dan inovatif untuk mengisi jawatan berikut :
JAWATAN :
PEGAWAI LAPANGAN BMTKM- Skim Perkhidmatan dan Gred: Pegawai Tadbir Gred N41
- Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
- Status Lantikan: Kontrak
- Tempoh Lantikan: 1 Tahun
- Jumlah Kekosongan: 8
- Lokasi Bertugas: Pentadbiran Kerajaan di daerah Seremban, Jelebu dan Jempol.
DESKRIPSI TUGAS :
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di peringkat daerah bagi mencapai sasaran kemiskinan tegar sifar pada akhir tahun 2025.
- Bertindak sebagai pegawai perhubungan di peringkat daerah dalam hal ehwal berkaitan BMTKM.
- Membantu pejabat daerah menyelaras penyediaan strategi dan program yang khusus kepada ketua dan ahli isi rumah (KIR dan AIR).
- Menyelaras mesyuarat dan program turun padang berkaitan BMTKM.
- Menyediakan pelaporan pelaksanaan program BMTKM peringkat daerah.
SYARAT LANTIKAN :
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :(a) Warganegara Malaysia,
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan
(c) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,080.00)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.PENGALAMAN :
Calon hendaklah berpengalaman sekurang-kurangnya setahun dalam pengurusan dan pentadbiran. Keutamaan kepada calon yang bermastautin di daerah Seremban, Jelebu dan Jempol.KOMPETENSI DIPERLUKAN :
- Kemahiran bekerjasama secara berpasukan dan bekerja di bawah tekanan dengan penyeliaan yang minimum;
- Kemahiran berkomunikasi dengan baik dan mempunyai sifat penyabar serta gigih dalam melaksanakan tugas;
- Kemahiran dalam penggunaan Microsoft Word, Excel dan Power Point;
- Kemahiran dalam memantau pelaksanaan program; dan
- Memiliki lesen memandu motosikal (sekurang-kurangnya B2) atau kereta (D) dan akses kepada kenderaan.
IMBUHAN, ELAUN DAN KEMUDAHAN :
Calon-calon yang dilantik adalah layak menerima pelbagai imbuhan, elaun dan kemudahan yang sedang berkuatkuasa dalam Perkhidmatan Awam.PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT :
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan / Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.CARA MEMOHON :
Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan latar diri (resume) yang mengandungi perkara-perkara berikut :- i. Butiran Peribadi
- ii. Latarbelakang Pendidikan
- iii. Pengalaman Bekerja
- iv. Kemahiran
- v. Penglibatan Luar
- vi. Nombor Telefon terkini untuk dihubungi
- vii. Rujukan
Permohonan yang lengkap hendaklah dilampirkan Surat Iringan (Cover Letter) yang memaklumkan nama jawatan yang dipohon dan dihantar kepada :
KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
P.O.BOX 158, JALAN YAM TUAN,
70710 SEREMBAN. NEGERI SEMBILAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Pengurusan)
Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 Oktober 2022.
Permohonan yang tidak memenuhi syarat akan ditolak.
Hanya calon-calon yang ditapis senarai untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tiga bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.