Iklan Kekosongan Jawatan di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) | Tarikh Tutup: 08 Ogos 2022
Permohonan Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) seperti berikut :-
- Taraf Jawatan : Kontrak Projek
- Bil. Kekosongan : Dua (2)
- Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
- Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
- Jadual Gaji : RM2,080.00
- Insentif : RM720.00
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Ijazah Sarjana Muda bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau
ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. SYARAT
KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
Lulus atau Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
RINGKASAN TUGAS :
Bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan, tugas operasi berkaitan pemasaran sosial seperti pengiklanan bagi tujuan pendidikan dan keselamatan jalan raya, penerbitan dan penyebaran ilmu serta menyediakan khidmat profesional dan masyarakat.
CARA MEMOHON :
1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.miros.gov.my.
2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:
(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan).
(d) Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan.
(e) Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di sesawang Badan Pengiktirafan Kelayakan (MQA) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:
Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor
5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 08 Ogos 2022 jam 5:00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.
6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.