Iklan Kekosongan Jawatan di UiTM Cawangan Pulau Pinang | Tarikh Tutup: 25 Oktober 2022
Permohonan Jawatan Kosong UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Kontrak di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang.
JAWATAN :
JURURAWAT GRED U29- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kelayakan Akademik: Diploma
- Jadual Gaji: RM1,797.00 - RM5,753.00
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- a) Warganegara Malaysia;
- b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- c) Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf olah Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan
b) had umur pelantikan:
- i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON :
1. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau BadanBadan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.2. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
4. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan / badan berkanun / separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran pemohon, ibu dan bapa
- Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
- Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
- Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/ separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
- Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun berturut-turut (penjawat awam)
- Laporan Rujukan (bukan penjawat awam bagi permohonan jawatan Gred 41 dan ke atas Pengurusan & Profesional borang seperti dilampiran 1)
3. Nama jawatan, bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
5. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
6. Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
7. Pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang.
CARA- CARA MEMBUAT PERMOHONAN :
(a) Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.(b) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Pulau Pinang https://penang.uitm.edu.my/bertam/.
(c) Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Oktober 2022 (Selasa).
(d) Sila kemukakan permohonan kepada:
PENOLONG PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PULAU PINANG
KAMPUS BERTAM
13200 KEPALA BATAS
PULAU PINANG
NO. TEL: (04) 562 3454/562 3455/563 3430
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PULAU PINANG
KAMPUS BERTAM
13200 KEPALA BATAS
PULAU PINANG
NO. TEL: (04) 562 3454/562 3455/563 3430