Iklan Kekosongan Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA - Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka | Tarikh Tutup: 20 Oktober 2022
Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA.
JAWATAN :
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) memiliki
- Kekosongan : 6 | Simpanan : 18
SYARAT LANTIKAN :
(a) warganegara Malaysia(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) memiliki
- i) diploma dalam bidang perguruan daripada institusi perguruan tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00); atau
- ii) diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1.844.44).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysial Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.KEPERLUAN BIDANG PENGKHUSUSAN (DITETAPKAN OLEH JABATAN) :
- a) Pengajian Islam;
- b) Tahfiz Al-Quran; atau
- c) Bahasa Arab.
KEPERLUAN TAMBAHAN :
Hanya calon yang memenuhi kriteria seperti berikut yang layak memohon bagi urusan ini iaitu:- a) calon merupakan anak negeri kelahiran Negeri Melaka;
- b) alamat tempat tinggal/ semasa calon adalah di negeri Melaka; dan
- c) calon yang telah memperoleh diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
MAKLUMAT SYARAT LANTIKAN :
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :https://spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/pegawai-perkhidmatan-pendidikan-greddg29
CARA MEMOHON :
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : https://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.
Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 20 Oktober 2022 (Khamis) jam 11.59 malam.
Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini
Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini