Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA9 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) | Tarikh Tutup: 27 September 2022

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA9.


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti berikut:-

JAWATAN :

PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41 IJAZAH (PERTUTURAN)
  • Kekosongan: 13 | Simpanan : 30

SYARAT LANTIKAN :

(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c) memiliki ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan pertuturan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada insttusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setara dengannya. (Gaji Permulaan ialah pada Ceed U41: RM2 429.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurupuh Perubatan adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya ini untuk Peringkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred 141, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan
(a) mempunyai kelayakan perenggan 1 (c); dan
(b) had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 au 56 tahun atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

KEPERLUAN TAMBAHAN :

Hanya calon yang telah memperoleh ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pemulihan perubatan pertuturan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

MAKLUMAT SYARAT LANTIKAN :

Maklumat syarat lantikan / gaji / tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/ijazah-sarjana-phd/pegawai-pemulihan-perubatan-gred-u41

CARA MEMOHON :

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA9 di alamat : https://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.

Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 27 September 2022 (Selasa) jam 11.59 malam.

Muat turun iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini