Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman | Tarikh Tutup: 10 Oktober 2022

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.


Jabatan ini berbesar hati mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti berikut:

JAWATAN : Guru Takmir Negeri Kedah Darul Aman

TARAF JAWATAN : Kontrak

KADAR ELAUN : RM 100.00 setiap sesi kelas yang dijalankan dan kadar tuntutan maksimum RM 900.00 sebulan

DESKRIPSI TUGAS :
Melaksanakan kelas pengajian mengikut jadual dan kurikulum Islam yang ditetapkan JHEAIK dan JAKIM di:
  • i) Masjid
  • ii) Surau
  • iii) Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • iv) Jabatan Penjara Malaysia
  • v) Jabatan Kebajikan Masyarakat

SYARAT KELAYAKAN :
a) Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap serta menetap di Negeri Kedah.
b) Berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah
c) Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 70 tahun pada tarikh lantikan serta sihat tubuh badan.
d) Memiliki Tauliah Mengajar Negeri Kedah Darul Aman Kategori Fardu Ain Arab atau Jawi dan masih dalam tempoh sah laku.
e) Mempunyai ilmu dan kepakaran bidang Agama Islam, berkeperibadian tinggi serta berhikmah dan beriltizam dalam penyampaian dakwah.
f) Bersedia ditempatkan di mana-mana:
  • i) Masjid / Surau
  • ii) Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • iii) Jabatan Penjara Malaysia
  • iv) Jabatan Kebajikan Maysarakat
g) Mendapat kebenaran/ sokongan majikan, sekiranya tuan/puan mempunyai majikan.

BIL. KEKOSONGAN :
  1. Kota Setar: 7
  2. Kubang Pasu: 10
  3. Kuala Muda: 11
  4. Kulim: 5
  5. Sik: 3
  6. Pendang: 3
  7. Yan: 1
  8. Bandar Baharu: 4
  9. Pokok Sena: 1

PERMOHONAN :
i) Borang Permohonan boleh didapati di Pejabat Agama Daerah.
ii) Borang yang telah lengkap beserta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Daerah.

TARIKH TUTUP : 10 Oktober 2022 / 13 Rabiul Awwal 1444

KETIDAKPATUHAN :
Permohonan yang tidak lengkap, tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dan dihantar lewat tidak akan dipertimbang.

Pemilihan serta penempatan Guru Takmir JHEAIK adalah berdasarkan persetujuan Jawatankuasa Takmir Negeri Kedah Darul Aman.

Keputusan pelantikan adalah muktamad.

PENGARAH.
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

IKLAN JAWATAN