Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iklan Kekosongan Jawatan di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) | Tarikh Tutup: 04 Ogos 2022

Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) seperti berikut :-

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Kelayakan : Sijil/Diploma
  • Jadual Gaji : RM1,549.00 – RM5,684.00

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Kelayakan : STPM/STAM/Sijil/Diploma
  • Jadual Gaji : RM1,493.00 – RM5,672.00

3. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E29
  • Taraf Jawatan : Kontrak
  • Kelayakan : STPM/STAM/Sijil/Diploma
  • Jadual Gaji : RM1,493.00 – RM5,672.00

4. PEMBANTU OPERASI GRED N11
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Kelayakan : SRP/PMR/PT3
  • Jadual Gaji : RM1,216.00 – RM2,983.00

5. PEMBANTU AWAM GRED H11
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Kelayakan : SRP/PMR/PT3
  • Jadual Gaji : RM1,218.00 – RM2,939.00

6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Kelayakan : SPM/SPMV
  • Jadual Gaji : RM1,352.00 – RM4,003.00

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut:-
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Mempunyai kelulusan atau kelayakan akademik yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan. Cth: (PMR/PT3/SPM/SPMV/STPM/SKM/Diploma/Ijazah)
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan.
  • Sila rujuk syarat-syarat penuh lantikan bagi setiap jawatan di atas melalui pautan link yang disediakan di bawah

Selain itu, calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:-
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai rekod jenayah
  • Memiliki itegriti yang tinggi, keperibadian yang dinamik, kemahiran analitikal, efisien, proaktif, berfikiran positif, jujur dan amanah, sanggup menerima cabaran dan mampu bekerja secara berdikari dan dalam kumpulan
  • Berdaya saing, bermatlamat, berdisiplin dan berakhlak tinggi diutamakan

CARA MEMOHON:
Permohonan jawatan kosong di atas hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses melalui pautan link yang disediakan di bawah. Hanya permohonan yang dibuat melalui sistem permohonan dalam talian sahaja yang diproses. Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport, serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

Deskripsi dan kelayakan jawatan disini