Iklan Kekosongan Jawatan di Pusat Kutipan Zakat Pahang | Tarikh Tutup: 30 September 2022
Permohonan Jawatan Kosong Pusat Kutipan Zakat Pahang.
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan di Pusat Kutipan Zakat Pahang seperti berikut:-
JAWATAN :
1. PEMBANTU PEGAWAI ZAKAT ( TETAP – LELAKI 3 )Syarat Kelayakan:
i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat:-
- Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan);
- Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
- Lulus Matematik atau Akaun.
2. PEMANDU ( KONTRAK – LELAKI 1 )
Syarat Kelayakan:
i. Memiliki Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat:-
- Kepujian dalam Bahasa Melayu;
- Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam;
- Memiliki lesen memandu kelas B2 dan D (memiliki lesen GDL diutamakan); dan
- Berkebolehan memandu, mengenali dan menyelenggara kenderaan berkenaan.
Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan PKZ Pahang.
CARA MEMOHON :
Untuk memohon, sila klik pautan "iklan penuh jawatan" di bawah dan rujuk maklumat terperinci permohonan, syarat-syarat lantikan, gaji, tugas-tugas jawatan dan cara untuk memohon jawatan.